Monday, September 17, 2018

Peringatan Penting!

Peringatan Penting!


Perhatian kepada semua sekawan, sila kemaskini dan muatnaik laporan aktiviti berkumpulan dalam blog  masing-masing

Sila lengkapkan tugasan yang diberi mengikut tarikh yang ditetapkan.

Setiap ahli pengakap(individu) diingatkan untuk kemaskini dan muatnaik log atau catatan aktiviti pada blog masing-masing setiap kali sesudah perjumpaan pengakap dilaksanakan. 

Setiap individu atau sekawan digalakkan untuk turut memuatnaik gambar atau video semasa aktiviti dilaksanakan di dalam laporan atau catatan,


Sila hias blog sekawan dan individu mengikut kreativti. Maklumat tambahan di dalam blog berkaitan pengakap adalah digalakkan.


*DIINGATKAN SETIAP INDIVIDU DAN SEKAWAN UNTUK MELAKSANAKAN DAN KEMASKINI BLOG MASING-MASING. PENILAIAN BOLEH DIBUAT PADA BILA-BILA MASA SAHAJA. DIINGATKAN BLOG YANG ANDA HASILKAN AKAN DINILAI DAN DIBERI MARKAH* 


Harap maklum. Happy blogging with scouts experience and knowledge!

Salam Pengakap !


Sekian , terima kasih.

Thursday, August 30, 2018

Arahan untuk Aktiviti Ikatan dan Simpulan

Arahan untuk Aktiviti Berkumpulan pada Perjumpaan Seterusnya:

a) Sekawan Bertugas


  • Perhatian Kepada Sekawan Hijau, anda diminta untuk bertugas pada perjumpaan yang akan datang. Sila bersedia untuk mengetuai istiadat laung agung dan persiapan tempat perjumpaan. 
  • Jangan lupa sediakan bendera untuk pelaksanaan istiadat bendera. 
  • Sila jumpa saya 2 hari sebelum perjumpaan untuk sedikit taklimat.


b) Persiapan Aktiviti Perjumpaan Seterusnya


  1. Setiap individu perlu membawa tali yang sesuai untuk ikatan dan simpulan pada perjumpaan seterusnya.
  2.  Pastikan setiap individu memahami teknik dan cara yang betul dalam membuat ikatan dan simpulan berdasarkan nota yang telah diberi.
  3.  Demonstrasi akan dilakukan oleh cikgu pada perjumpaan seterusnya.
  4. Ketua Sekawan sila pastikan semua ahli mempunyai tali ikatan sehari sebelum perjumpaan seterusnya. Jikalau terdapat masalah dalam menyediakan tali, sila maklumkan kepada cikgu sehari sebelum perjumpaan seterusnya.

Friday, August 24, 2018

Arahan untuk Aktiviti Masakan Rimba


Arahan untuk Aktiviti Berkumpulan pada Perjumpaan Seterusnya:

a) Sekawan Bertugas


  • Perhatian Kepada Sekawan Biru, anda diminta untuk bertugas pada perjumpaan yang akan datang. Sila bersedia untuk mengetuai istiadat laung agung dan persiapan tempat perjumpaan. 
  • Jangan lupa sediakan bendera untuk pelaksanaan istiadat bendera. 
  • Sila jumpa saya 2 hari sebelum perjumpaan untuk sedikit taklimat.


b) Persiapan Aktiviti Perjumpaan Seterusnya


1. Setiap Sekawan perlu sediakan 10 biji ubi, satu bungkus tepung gandum dan aluminium foil.

2. Pastikan setiap sekawan memahami teknik dan cara yang betul dalam memasak masakan rimba.




Peringatan Penting!

Peringatan Penting! Perhatian kepada semua sekawan, sila kemaskini dan muatnaik laporan aktiviti berkumpulan dalam blog  masing-masing ...